Monday, September 21, 2009

DATANG DAN PERGI


Dikala syawal datang menjelma..kita masih perlu mengingati orang yang telah pergi..Sekali lagi kami sekeluarga menyanbut kedatangan syawal tanpa "TOK" di sisi kami..Tok meninggal kan kami pada 22 ramadhan tahun 2005..Semoga allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Hajjah Che Liah bt. Hussain:(

>apit<

FROM RAMADHAN TO SYAWAL

Hello...
rasa macam dah lama aku tak posting apa-apa kat blog aku ni!
busy gila kot sejak aku cuti dari khamis lepas...
(hahaha macam biasa budget orang penting)

So, this is it..
Ramadhan telah meninggalkan kita dengan seribu satu makna..
Syawal datang menjelma dengan mengharapkan sedikit keceriaan dan keriangan dalam keluarga ku!

Tahun ni, aku cuma beraya kat rumah aje!so comfirm lah bosan..
Macam tak ada apa2 pembaharuan dalam hidup...Sama je!
Tak balik kampung kami di kedah pun sebab adeq sibuk nak SPM!
Takpe lah deq...ujung tahun nanti angah drive bawak 1 family kita balik jumpa pak long dengan mak long okey!

Aku menyambut kedatangan syawal seperti tahun2 sebelum nya, bersalaman di rumah nenek bersama saudara-mara, collect duit raya(dah tua nak mampus pun still dapat lagi dude!), open house rumah mak lang dan pergi rumah jiran2! Yang paling tak boleh blah cabut pergi Tesco kejap bawak adeq jalan2 lepas sembahyang raya!hahahaha:D

Aku just plan nak g beraya rumah kawan2 dlm raya ke-4 ker, so this is my first syawal for 2009!

Those are some picture yang sempat aku capture:



Sepet Family:D
(2nd Syawal)


Adeq yang always chumil:D


Drive to Tesco!:D


Pagi Raya bersama adeq dan along



Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin

>apit<


Tuesday, September 15, 2009

KEEP SAYING!!


Komunikasi...
Rasa nya hampir seluruh hidup kita di habis kan dengan bercakap..
Tak kira lah berbual tentang apa pun..

Borak pasal pasangan masing-masing...
Bercerita tentang masalah yang dihadapi...
Berbincang tentang tanggungjawab..
mahupun tentang kerja...
atau pun sekadar sembang-sembang kosong..

Semua nya membawa erti yang sama...
"komunikasi"

Setiap tutur kata perlu diatur dengan baik..
Demi menjaga hati orang lain...
Maklum lah..."BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
P. Ramlee pun pernah cakap..
"BAHASA MENENTU KAN BANGSA"

Cuma kadang-kadang kita tidak sedar..
Dengan satu perkataan..
Kita boleh mengubah keadaan..
Tak kira sama ada baik atau buruk!
Kita sering kali berkata apa sahaja yang kita mahu...
Tanpa mengira batasan,adat mahu pun tatacara nya!

Dengan arus kemajuan yang semakin memerintah manusia kini..
Bahasa kita juga hampir di lupakan..
Bercampur-baur antara asli dan moden!
Kita cuma perlu berwaspada...macam mana pun yang jadi kepada kita..
Ingat lah asal usul kita....

>apit<

Monday, September 14, 2009

AKU PAHAM DAN TAHU!



Hari ini...
Kuliah ku berakhir untuk seketika...
Untuk memberi peluang kepada
Umat seagama dengan ku membuat persiapan..
Untuk menyambut hari kemenangan mereka..

Yang pasti cuti dua minggu ini akan diisi..
oleh insan bernama Afiq bin Jamal Nasir dengan sebaik mungkin...
Tapi apa mesti aku buat?

Lepak kat rumah?
Hang Out dengan kawan2?
Atau menghabis kan masa dengan keluarga TERCINTA!!

Puasa tinggal beberapa hari lagi...
Sebelum Syawal menjelma...
Tapi kita sibuk mengejar keseronokan di dunia...
Sehingga kita lupa tujuan hidup kita...
Walaupun kadang-kadang kita tak perasan..
bertapa kita diperlukan untuk orang lain...
Bertapa penting kita untuk kepentingan orang lain..

Aku harap aku dapat puas kan hati semua orang...
Dalam mengejar cita-cita dan kemewahan dunia semata-mata..
Aku juga manusia biasa yang ada keinginan dan rasa..
Untuk membuat kuputusan...

Sebelum tulisan selesai di coret..
Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan..
Ampun salah dan silap...
Dan terus diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini..

yang ikhlas...
>apit<
(gambar sekadar hiasan!)

BERSERAH KEPADANYA


Menunggu...
Rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu...

Mununggu masa..
Menunggu peluang...
Mununggu nasib...
Menunggu tanpa penghujung...

Sehingga kita asyik bertanya kan,
Bila, Bila-bila atau sampai Bila?

Terapi macam mana bosan, jemu, jenuh menunggu...
Kita terpaksa menunggu...
Dah jadi macam satu pekerjaan pulak!!
Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil...

Tetapi kadang-kadang menunggu itu kita rasa berbaloi jugak!
Bila kawan-kawan ada disamping kita..

Bila semua nya di luar kawalan kita..
Apa yang mampu kita buat?
Selain menunggu dan mengharap..
Apa yang kita mampu buat?
Selain tunggu dan lihat..

>apit<

GADIS AYU


Hey si gadis yang manis
Senyum di bibir terlukis
Hey si gadis yang ayu
Kau kan jadi milik ku

Woh..woh..woh
Gadis ayu..lesung pipit di pipi
Ayu...senyuman mu menawan
Gadis ayu...ku jangan di hampakan
Ayu..sungguh ayu

Gayamu lembut bila engkau menari
Woh..woh
Kepintaran mu itu menarik hati
Woh..woh

Lagu khas di tujukan untuk gadis yang sedang bernama di dalam fikiran aku ni:D

>apit<

Saturday, September 12, 2009

KAWAN!!


Setiap orang perlu kan kawan...
bukan sahaja kawan, tapi teman, geng atau dengan orang-orang yang kita boleh berhubung!

Tapi apakah itu kawan?
Geng warung kopi...
Member seperjuangan...
Member lepak-lepak...
Rakan-rakan sekolej....
atau Kawan-kawan yang ada bersama kita sewaktu kita kecil..
Tiada prejudis, tiada perbezaan, tiada pertandingan, tiada persaingan!

Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata...
dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih!

Xde hal...sekarang ni setakat nak cari kawan memang cepat, senang dan pantas..
Tak payah keluar rumah, tak payah bangun kerusi!
Tenung skrin komputer..tekan sahaja keyboard..

Boleh suka benda yang sama...tak kenal pun tak apa!
Itu semua belakang cerita..Risiko di tanggung sendiri..

KERANA PERSAHABATAN ADALAH SUATU PENGEMBARAAN YANG TAK BOLEH DI DUGA!!

Kita meneruskan perjalanan mencari teman, kawan dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita...
Hanya menunggu masa untuk menemukan kembali..
Hanya menunggu keadaan yang menentukan arah PERSAHABATAN!!

Nukilan ikhlas untuk rakan2 seperjuangan ku...

>apit<