Tuesday, September 15, 2009

KEEP SAYING!!


Komunikasi...
Rasa nya hampir seluruh hidup kita di habis kan dengan bercakap..
Tak kira lah berbual tentang apa pun..

Borak pasal pasangan masing-masing...
Bercerita tentang masalah yang dihadapi...
Berbincang tentang tanggungjawab..
mahupun tentang kerja...
atau pun sekadar sembang-sembang kosong..

Semua nya membawa erti yang sama...
"komunikasi"

Setiap tutur kata perlu diatur dengan baik..
Demi menjaga hati orang lain...
Maklum lah..."BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
P. Ramlee pun pernah cakap..
"BAHASA MENENTU KAN BANGSA"

Cuma kadang-kadang kita tidak sedar..
Dengan satu perkataan..
Kita boleh mengubah keadaan..
Tak kira sama ada baik atau buruk!
Kita sering kali berkata apa sahaja yang kita mahu...
Tanpa mengira batasan,adat mahu pun tatacara nya!

Dengan arus kemajuan yang semakin memerintah manusia kini..
Bahasa kita juga hampir di lupakan..
Bercampur-baur antara asli dan moden!
Kita cuma perlu berwaspada...macam mana pun yang jadi kepada kita..
Ingat lah asal usul kita....

>apit<

No comments:

Post a Comment